WELCOME TO THE WORLD OF DANISH & DANIA

By: Mak and Abah Of Lovely MDs

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Feb-2008 15:43 Email | Share | | Bookmark
Marissa Dania - 6 days old

Hari ke enam..abah dah start keje balik..Tinggal Dania and Danish dgn mak dan opah...Hari ni nurse klinik gomen dtg melawat. depa check dania takde kuning tp ade pink..alhamdulillah..



Quote:
Thanks opah sebab tolong jaga Danish. Sejak kelahiran Dania susah jugak nak layan dua2 sekali. Masa banyak tertumpu kat baby. Kesian Danish...Kalau opah takde mesti Danish terasa terpinggir dan jauh dari mak walaupun mak tak berniat nak buat camtu..So, opah la yang banyak layan Danish..Mak selalu gak cakap dengan Danish yg adik kecik lagi, tak pandai apa2 lagi...kena sayang adik..Bila tanya danish sayang adik tak..dia kata sayang...tapi selalu tunjuk jealous dia...Cthnya kalau dania nangis nak susu, danish pun mintak susu jugak..Tima kasih gak kat opah sebab kena masak utk kami sekeluarga, jaga mak dalam pantang, tungkukan mak, mandikan Dania dll lagi..Tak terbalas rasanya semua tu..Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk opah selalu...


Monday, 18-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari ke lima - kat rumah

Dania - keluar je mata dah celik. Baru beberapa hari lahir Dania dah boleh pusing kepala kiri dan kanan. Opah kata tengkuk dia dah keras..senang pegang. Nampak dah cerdiknya. Dania tak banyak kerenah. Senang jaga. Tidur malam pun dia bangun mintak susu sekali dua je..Alhamdulilah. Walaupun tetap kena berjaga malam tapi sekali dua je tu..boleh tahan la...

Danish - sejak dapat adik, perangainya berubah sikit. Cepat marah, jealous...lagi2 bila opah pegang adik. Sejak opah dok kat rumah, dia memang rapat dengan opah. Dengan mak..huh..asyik nak gaduh je..Dengan abah makin manja...Tapi dia tetap sayang adik...Tak sangka dah jadi abang die....

Hari ni abah pi daftar kelahiran Dania kat JPN. Hari ni dapat sijil kelahiran dania. Mykid kena tunggu sebulan lagi...





Saturday, 16-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
3rd day - going home...

Hari ni mak memang nanti-nantikan.. yelah, nak balik rumah dan bawak balik my lovely princess cikonet ni..pagi tu bila doktor datang check, cepat2 mak tanya bila boleh balik. Doktor kata sebelum pukul 12 dah boleh balik. So, mak call abah and bersiap cepat2. Bila abah, opah dan danish sampai, settle payment and anything else...then bawak turun barang2 mak. Ada jugak gift dari hospital dan next appointment utk mak and baby. Sebelum balik, kami ada photoshoot. Foto tu utk ditampal di hospital. Selain foto mak diminta bagi written comment about the hospital and the staffs.

Foto ni foto pertama dania kat rumah...


Quote:
Thanks to Pearl Maternity Hospital..especially Dr Rosita and her staffs for their excellent job. Layanan pun best. Terima kasih jugak pada kengkawan yang datang melawat di hospital..Terharu mak...



Friday, 15-Feb-2008 13:48 Email | Share | | Bookmark
Second day in hospital...

Malam pertama di hospital, mak dapat rest sepuasnya. Dania tak meragam. Bila pagi baru nurse bagi kat mak untuk disusukan.
Tapi malam kedua, Dania mula menangis. Sampaikan nurse tak tau nak buat apa. At last dia bagi kat mak. So Dania tidur dgn mak. Tapi bila Dania menangis balik, nurse bawak keluar dan dokong dia sampai tertidur. Then barulah dia bawak masuk ke nursery. Pagi, depa bagi balik kat mak...




wajah abang dapat adik...


Quote:
Baby's info:

Name: Marissa Dania
DOB: 14 February 2008
TOB: 3.49pm
Weight: 2.5kg
Length: 47cm


Thursday, 14-Feb-2008 14:33 Email | Share | | Bookmark
Kelahiran orang baru....





Flashback-
Di sini mak nak berkongsi berita gumbira..Dalam pada mak tak upload pix baru tu, sebenarnya mak diam2 ubi berisi..Mak pregnant la...Biasala mak..bila start je pregnant, bp mak pun mula la naik. Early pregnancy, mak dah admit kat GH Penang sebab bp mak naik tinggi. Mak rasa mak ni darah gemuruh sebab takut ngan bp monitor yang kat spital tu. Tapi bila check sendiri kat rumah, elok je normal...Sudahnya mak buat monthly check up kat private hospital. Mungkin mak tension tunggu lama kat spital gomen tu kot. Lagipun lebih relax pergi private sebab kita boleh pilih hari untuk check up. Mak pilih Pearl Maternity Hospital. Alhamdulillah, sepanjang checkup dengan Dr Rosita (the owner of the hospital, dulu dia keje ngan Hospita Pantai Mutiara), tak ada masalah yang serius. Dia dapat kawal bp mak dari naik tinggi. Baby yang mak kandung pun sihat cuma saiznya kecik je. Dari awal scanning, doktor dah kata baby girl. Sebab tu kecik kot! Mak punya expected date is on 14 Februari 2008.Begitulah seterusnya sehinggalah last check up. Doktor kata on the due date kalau tak sakit jugak kena bagi bersalin jugak sebab mak ada problem hipertension.

2 Februari 2008 -
Opah sampai dari KL dengan flight. Pakngah dengan Pakcu hantar opah ke KLIA. Opah datang nak tolong jaga Danish dan mak jugak. Nasib baik opah ada, kalau tak susah juga. Manala tau kot2 mak terbersalin awal.. Danish pulak semakin rapat ngan opah. Dengan mak asyik nak gaduh je..jealous kot nak dapat adik. Semakin hari semakin menjadi2 perangainya....


So tiba hari ni 14 Februari 2008 (Khamis), mak masih tak rasa sakit. So, pagi2 dalam pukul 8.30am abah bawak mak ke Pearl Maternity Hospital. Danish tinggal dengan opah kat rumah. Mak terus admit. Depa buat CTG dan macam2 lagi..dalam pukul 10 lebih depa mula masukkan ubat utk induce bagi ada rasa contraction. Then, mak dimasukkan ke wad. Lebih kurang pukul 1 lebih, mak mula rasa contraction yang semakin kerap. Sakitnya tuhan je yang tahu..Mujurlah abah sentiasa ada untuk comfortkan mak..Akhirnya pukul 3.15pm mak disorong ke labor room dengan wheel chair. Masa tu mak memang rasa nak terberanak sangat2. Sampai je labor room, mak memang rasa baby nak keluar. Abah sentiasa tenangkan mak. Mak tahu dia pun mesti kesian tengok mak kesakitan macam tu.. At last, lahirlah secara normal seorang baby girl yang comel dan cute pada jam 3.49pm. Berat cuma 2.5kg jer..kecik comey jer anak mak ni..

Gambar hari pertama kelahiran tak ada sebab semua orang kelam kabut. Lagi2 abah. Petang tu abah ambik opah dan danish tengok baby baru...

Quote:
Dah lamanya mak tak update fp ni..bukan apa busy tak terkira. Bila tak berapa busy, penyakit maleh pulak menyerang..biasala no...so kalau ada ternampak piccas baru yang belum tengok sebelum ni..tu maknanya backdated entry la tu..



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net