WELCOME TO THE WORLD OF DANISH & DANIA

By: Mak and Abah Of Lovely MDs

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Feb-2008 14:33 Email | Share | Bookmark
Kelahiran orang baru....





Flashback-
Di sini mak nak berkongsi berita gumbira..Dalam pada mak tak upload pix baru tu, sebenarnya mak diam2 ubi berisi..Mak pregnant la...Biasala mak..bila start je pregnant, bp mak pun mula la naik. Early pregnancy, mak dah admit kat GH Penang sebab bp mak naik tinggi. Mak rasa mak ni darah gemuruh sebab takut ngan bp monitor yang kat spital tu. Tapi bila check sendiri kat rumah, elok je normal...Sudahnya mak buat monthly check up kat private hospital. Mungkin mak tension tunggu lama kat spital gomen tu kot. Lagipun lebih relax pergi private sebab kita boleh pilih hari untuk check up. Mak pilih Pearl Maternity Hospital. Alhamdulillah, sepanjang checkup dengan Dr Rosita (the owner of the hospital, dulu dia keje ngan Hospita Pantai Mutiara), tak ada masalah yang serius. Dia dapat kawal bp mak dari naik tinggi. Baby yang mak kandung pun sihat cuma saiznya kecik je. Dari awal scanning, doktor dah kata baby girl. Sebab tu kecik kot! Mak punya expected date is on 14 Februari 2008.Begitulah seterusnya sehinggalah last check up. Doktor kata on the due date kalau tak sakit jugak kena bagi bersalin jugak sebab mak ada problem hipertension.

2 Februari 2008 -
Opah sampai dari KL dengan flight. Pakngah dengan Pakcu hantar opah ke KLIA. Opah datang nak tolong jaga Danish dan mak jugak. Nasib baik opah ada, kalau tak susah juga. Manala tau kot2 mak terbersalin awal.. Danish pulak semakin rapat ngan opah. Dengan mak asyik nak gaduh je..jealous kot nak dapat adik. Semakin hari semakin menjadi2 perangainya....


So tiba hari ni 14 Februari 2008 (Khamis), mak masih tak rasa sakit. So, pagi2 dalam pukul 8.30am abah bawak mak ke Pearl Maternity Hospital. Danish tinggal dengan opah kat rumah. Mak terus admit. Depa buat CTG dan macam2 lagi..dalam pukul 10 lebih depa mula masukkan ubat utk induce bagi ada rasa contraction. Then, mak dimasukkan ke wad. Lebih kurang pukul 1 lebih, mak mula rasa contraction yang semakin kerap. Sakitnya tuhan je yang tahu..Mujurlah abah sentiasa ada untuk comfortkan mak..Akhirnya pukul 3.15pm mak disorong ke labor room dengan wheel chair. Masa tu mak memang rasa nak terberanak sangat2. Sampai je labor room, mak memang rasa baby nak keluar. Abah sentiasa tenangkan mak. Mak tahu dia pun mesti kesian tengok mak kesakitan macam tu.. At last, lahirlah secara normal seorang baby girl yang comel dan cute pada jam 3.49pm. Berat cuma 2.5kg jer..kecik comey jer anak mak ni..

Gambar hari pertama kelahiran tak ada sebab semua orang kelam kabut. Lagi2 abah. Petang tu abah ambik opah dan danish tengok baby baru...

Quote:
Dah lamanya mak tak update fp ni..bukan apa busy tak terkira. Bila tak berapa busy, penyakit maleh pulak menyerang..biasala no...so kalau ada ternampak piccas baru yang belum tengok sebelum ni..tu maknanya backdated entry la tu..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net