WELCOME TO THE WORLD OF DANISH & DANIA

By: Mak and Abah Of Lovely MDs

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-May-2008 18:07 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
 
 
 


1 Mei 08(Khamis)- cuti Hari Buruh..kami sekeluarga balik kg opah di S.R. Mak extend cuti sampai Jumaat..so, long weeked..Tujuan balik kg adalah kerana opah buat kenduri cukur jambul dan naik buai untuk 3 cucu baru ..Arissa, Dania dan Hariz pada petang hari Jumaat. Sebelah malam pulak ada kenduri tahlil dan bacaan yassin sempena genap setahun pemergian arwah atuk ke rahmatullah pada 5 Mei 08 ini. Semoga roh arwah atuk sentiasa berada di tempat yang tertinggi di sisi Allah s.w.t dan dijauhkan seksaan kubur daripadanya...Amin.
Sebelum bertolak balik kg, kami singgah di Sunshine Square sebab nak beli present untuk Aiman (for his 3rd Birthday on 1 May 08), Dina (for her 3rd Birthday on 5 March 08) dan Hariz (newborn baby on 29 March 08)...






Sebelah pagi kami anak beranak sibuk buat persiapan kenduri. Opah ada buat cenderahati untuk para tetamu dalam bentuk goodie bag...dalamnye ada cupcake, buah oren, kuih bahulu dan jelly laici serta bunga telur..3 buaian dihias indah dengan bunga-bunga menjalar di mana kain buai kaler biru utk boy dan pink untuk girls...Cucu2 first batch opah lah yang paling seronok..berposing sakan, bermain macam dunia ni depa punye..masa ni kalo nak larang ape2, buang air liur je ler..






Semua cucu opah berpakaian cantik...Semuanya bagai diraikan wp actually yang diraikan 2nd batch je...Tapi lupe plak, kenduri ni sekali dengan kenduri aqiqah..Means, semua diraikanlah...



Acara kemudian dimulakan dengan marhaban, bacaan berzanji, lagu naik buai dan ucapan2...Semasa marhaban 3 cucus opah 2nd batch dipangku untuk acara cukur jambul..Dimulakan dengan Arissa, diikuti Dania dan akhir sekali si kecik Hariz..Selesai dicukur jambul depa dimasukkan ke dalam buai oleh bonda masing2..Seterusnya lagu naik buai dinyanyikan sehinggalah tamat dan ketiga2 yang diraikan tidur dalam buaian msg2...Meriah je rasanya masa tu...Lagu naik buai berupa lagu nasihat untuk anak dan ibu..Sedih gak bila dengar liriknya betul2...Setelah acara tamat..para jemputan dihidangkan dengan jamuan petang..(catering mak lang ati)..






Ni lah wajah2 yang diraikan...Dania nampak selesa je dalam buai tu..Mak dan abah memang tak mo biasakan dia tidur berbuai..Tapi sesekali dapat berbuai, macam dia tak mo keluar lak dari buaian tu...








Keesokkan harinya opah buah sambutan birthday untuk cucus first batch sempena hari lahir depa ke 3...Danish (22.12.04), Dina (05.03.05) dan Aiman (01.05.05). Seronok betul Danish dgn kazensnya dapat nyanyi lagu Happy Birthday To You, tiup lilin dan potong cake...


Untuk lihat lagi gambar kemeriahan kenduri ni boleh tengok kat ina~ibu 2AZs





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net